08 Juni 2010

AIROD Mengambil Alih Kontrak Pemeliharaan Su-30MKM

08 Juni 2010

Sukhoi 30 MKM milik Angkatan Udara Malaysia (photo : Militaryphotos)

Sukhoi Kini Diselenggara Oleh Airod, Kos Turun 50 Peratus

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kontrak penyelenggaraan dan membaik pulih jet pejuang Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang sebelum ini ditawarkan kepada agen atau "orang tengah" di Malaysia serta Rusia telah dihentikan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerja penyelenggaraan dan membaik pulih pesawat buatan Rusia itu kini akan dikendalikan oleh syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih tempatan, Airod Sdn Bhd.

"Dengan langkah-langkah yang kami lakukan, kos menyelenggara dan membaik pulih alat ganti dikurangkan ke tahap 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Crecom Burj Resources Limited dan IRKUT Corporation di sini hari Isnin.

Pada persidangan Parlimen Mac lepas, Ahmad Zahid berkata bahawa kos penyelenggaraan Sukhoi adalah RM220 juta setahun.

Beliau berkata sebanyak 15 pesawat Sukhoi telah diperoleh dalam inventori pertahanan negara manakala perolehan tiga lagi pesawat akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ahmad Zahid berkata tempoh jaminan bagi 15 pesawat Sukhoi akan dilanjutkan sehingga baki pesawat itu diperoleh.

1 komentar: